Sungai Petani: “Allah
meminjamkan arwah kepada kami sekeluarga untuk tempoh 51 hari sebelum dia pergi
buat selama-lamanya ketika sambutan ulang tahun saya ke-42 hari ini (semalam).
Walaupun sedih, namun kami reda dengan pemergiannya.”
Begitu kata Norhadzlan Harun,
42, bapa kepada bayi perempuan, Naurah Zara Alisya yang mengalami masalah
jantung dan saluran darah apabila menghembuskan nafas terakhir ketika menerima
rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, pada
jam 5.40 pagi, semalam.
Naurah yang juga anak bongsu
daripada empat beradik dilahirkan pada 9 Ogos lalu dikesan menghadapi masalah
kesihatan pada keesokkan harinya apabila didapati mempunyai lubang sebesar
tujuh milimeter pada jantung selain saluran darah bermasalah ketika dirujuk ke
Hospital Pulau Pinang (HPP).
Norhadzlan yang bertugas di
sebuah syarikat swasta berkata, sejak dua hari lalu, dia dan isteri langsung
tidak meninggalkan anaknya itu selepas dimaklumkan keadaan kesihatan Naurah
semakin merosot dan doktor turut memaklumkan keadaannya bertambah kritikal.
Bagaimanapun, katanya, Naurah
yang begitu disayangi seluruh ahli keluarga pergi meninggalkan mereka selepas
menerima rawatan di HSAH, namun reda berikutan sudah melakukan yang terbaik.
0 Response to "‘Dia dipinjam 51 hari sahaja’"
Post a Comment