Belanjawan 2015 Bonus Untuk Kakitangan Awam Malaysia. Layakkah Penjawat Awam Terima Bayaran Bonus? Kerajaan Tanggung Beban Operasi RM63.6 Bilion!



Belanjawan 2015 Bonus Untuk Kakitangan Awam Malaysia.

Layakkah Penjawat Awam Terima Bayaran Bonus? Kerajaan Tanggung Beban Operasi RM63.6 Bilion : 

Tinggal 3 hari lagi, menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia pada 10 Oktober 2014 ini. Dan pemberian dan pembayaran bonus Bajet 2015 bakal dinanti-nantikan dengan penuh harapan apatah lagi setelah menerima berita “kejutan” dengan pengumuman harga minyak di Malaysia naik 20 sen bersama-sama dengan diesel juga 20 sen.

Pastinya besarlah harapan 1.5 juta kakitangan awam terutamanya bagi pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini agar pemberian dan pembayaran bonus Bajet 2015 berpadanan dan setimpal dengan tanggungan dan beban an kos sara hidup selepas gelombang kenaikan harga minyak 20 sen baru-baru ini.

Berbanding tahun-tahun bajet Malaysia sebelum ini, sudah mula kedengaran cakap-cakap yang melahirkan kebimbangan menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini melibatkan trend perbelanjaan operasi kerajaan terhadap kakitangan awam yang dikatakan melibatkan jumlah kos perbelanjaan yang sangat tinggi dan ditambah memburukkan lagi keadaan apabila ia jauh melebihi perbelanjaan terhadap pembangunan negara.

Terbaru, seorang pakar ekonomi dari Universiti Malaya (UM), Dr Lee Hwok Aun memberikan peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya melihat semula struktur perbelanjaan dana negara dan wang rakyat Malaysia secara keseluruhannya apabila semakan Dr Lee Hwok Aun melihatkan trend perbelanjaan kerajaan Malaysia terhadap perkhidmatan awam di Malaysia semakin meningkat apabila dibandingkan pula dengan perbelanjaan pembangunan negara untuk beberapa tahun terakhir ini semakin menurun :

Belanjawan 2015 Bonus : Fakta & Statistik Bajet Malaysia (Pembangunan VS Sektor Awam)

  1. Berdasarkan bajet pembangunan antara tahun 1998 hinggalah ke tahun 2001, kerajaan Malaysia telah membelanjakan sekitar 33% untuk pembangunan di Malaysia
  2. Berdasarkan bajet pembangunan antara tahun 1998 hinggalah ke tahun 2001, kerajaan Malaysia telah membelanjakan sekitar 33% untuk pembangunan di Malaysia
  3. Walaubagaimanapun, hari ini kerajaan Malaysia telah berbelanja hanya serendah 20% untuk pembangunan negara bagi tempoh antara tahun 2012-2014. Melihatkan semakin kurang perbelanjaan awam melibatkan infrasturktur awam yang baru di Malaysia.


Tetapi apabila Dr Lee Hwok Aun bandingkan pula perbelanjaan kerajaan Malaysia melalui semakan dokumen daripada Kementerian Kewangan Malaysia 2012 terhadap kakitangan awam di Malaysia menunjukkan sudah mula menyamai dan mula melepasi jumlah perbelanjaan pembangunan di Malaysia.

1.       Sejumlah RM52 bilion telah dibelanjakan untuk upah dan gaji penjawat awam di Malaysia atau “emolumen”. Sedangkan RM51.2 bilion dibelanjakan untuk pembangunan Negara.
2.       Emolumen terdiri 22% daripada Bajet 2012 Malaysia
3.       Manakala Emolumen berdasarkan Bajet 2013 pula terus melonjak kepada RM58.6 bilion bersamaan 23% Bajet 2013 Malaysia berbanding bajet untuk pembangunan sudah mula dikurangkan kepada RM49.7 bilion.
4.       Pada Bajet 2014 Malaysia pula, emolumen melonjak kepada RM63.6 bilion bersamaan 24% Bajet Malaysia dan angka untuk pembangunan terus merosot kepada hanya RM46.5 bilion.
5.       Ini semua disebabkan berlakunya pertambahan jumlah penjawat awam di Malaysia.

Dan berdasarkan bancian Dr Lee, beliau mendapati antara tahun 2004 sehingga 2014, Dr Lee mengangarkan secara purata kadar gaji kakitangan awam di Malaysia telah meningkat sebanyak 3.31% setiap tahun. Manakala kadar gaji kakitangan swasta di Malaysia adalah sekitar 3.05% setahun.

Bagi pendapat Berita Semasa, menjelang pembentangan Belanjawan 2015 bonus untuk kakitangan awam patut sahaja diberikan, bukan sahaja untuk belanjawan kali ini tetapi juga untuk pembentangan bajet-bajet untuk tahun mendatang. Bezanya di sini, bonus hanya diberikan kepada kakitangan awam yang benar-benar layak.

Layak daripada segi kualiti kerja, yang mana segelitir penjawat awam yang berkerja sambil lewa tidak mencapai KPI yang ditetapkan dan masih berasa berada di zon yang selesa sehingga memberikan tahap mutu perkhidmatan yang mengecewakan untuk disingkirkan daripada sektor awam sekaligus peluang kepada lepasan graduan universiti yang terus dahagakan peluang kerja dan mempunyai iltizam yang tinggi iaitu seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti untuk menyertai keluarga besar kakitangan awam di Malaysia.

Apa pula pendapat anda?


Sumber : Beritasemasa.com


0 Response to "Belanjawan 2015 Bonus Untuk Kakitangan Awam Malaysia. Layakkah Penjawat Awam Terima Bayaran Bonus? Kerajaan Tanggung Beban Operasi RM63.6 Bilion!"

Post a Comment