Kuala Lumpur – Wajah individu-individu, warga asing
Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di
ambil dari CCTV di permis-permis kejadian dikenal pasti.
Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada
hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di
mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.
Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan
Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah
lokasi bank-bank yang telah digodam:
1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700
2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000
3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000
4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000
5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum
diketahui
6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum
diketahui
7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum
diketahui
8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000
9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850
10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran
Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160
Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV
tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.
Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak
berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga
dan siap-siagam sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari
negara ini.
0 Response to "Wajah Individu Godam Atm Dikenal Pasti"
Post a Comment