Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga
lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Malaysia (JPAM) dan RELA
ditahan kerana disyaki mer0g0l seorang wanita warga asing.
Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa
melakukan hubungan se-ks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan
tiada dokumen pengenalan diri.
Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin
minggu lalu.
Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas
mangsa membuat laporan polis.
Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu
kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian
menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai
orang mula memperkatakan tentangnya.
Rata-rata yang menonton
video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan
negara ini.
Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!
Apa pun itu dakwaan saksi.. sejauh mana kebenarannya pasti tertegak di mahkamah kelak.
Namun jika benar berlaku kes r0g0l ini, ia cuma satu titik hitam kecil dalam kalangan penjawat awam Malaysia.

Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya.
Sumber mynewshub.cc
0 Response to "VIDEO: Wanita Baru Habis Pantang Menceritakan Dir0g0l Polis, JPAM, RELA"
Post a Comment