PENIAGA CAMPUR CANDU DALAM MEE AGAR PELANGGAN KERAP DATANG



Shaanxi: Seorang peniaga mi disini mencampurkan masakannya dengan candu untuk menarik pelanggan supaya ketagih dengan mee mereka dan pelanggan sentiasa datang ke kedainya.

Pemilik kedai berkenaan didakwa membeli candu dan kemudian menghancurkannya menjadi serbuk sebelum mencampurkan ke dalam masakannya.

Perbuatan itu terbongkar selepas seorang pelanggan, Liu Juyou, dikesan positif dadah dalam satu ujian air kencing selepas ditahan secara rambang untuk pemeriksaan.

Liu bertegas memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak pernah menghisap dadah.
Mengesyaki mee yang dimakannya beberapa jam sebelum ditahan menjadi punca dia ditahan, Liu meminta beberapa anggota keluarganya makan di restoran berkenaan dan menjalani ujian air kencing.

Keputusan juga positif.


Pemilik kedai itu ditangkap dan mengaku melakukan perbuatan itu.

0 Response to "PENIAGA CAMPUR CANDU DALAM MEE AGAR PELANGGAN KERAP DATANG"

Post a Comment