Kisah ini adalah merupakan kisah yang boleh diambil sebagai
pengajaran bagi kita apabila kita terjumpa dengan orang-orang yang kusut rupa
luarannya. Tidak semestinya dia berpakaian kusut, berbau busuk dia seorang yang
gila atau perminta sedekah yang ingin menipu orang awam.. Baca kisah pengajaran
dibawah supaya boleh menjadi iktibar kepada kita.
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar
batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada
kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni
terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju
koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik
dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia.
Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri
pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2
memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan
nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik
yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak
dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku
tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia
makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku
membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?"
Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni.
Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak.
Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang
tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila
semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik
kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan
jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai
yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua
yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan
beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu
jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak
bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah.
Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang
untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik.
Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu
singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira.
Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya
bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat
masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik
bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet
dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu
kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan.
Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua
sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik
kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang
agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku
dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling
ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang
bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang
ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa
oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku
bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa
lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai
yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling
mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor
dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan
satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah
delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus
pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai
helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat
bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Sumber daripada Warta Dari Hati dan Greenboc.blogpsot.com
0 Response to "Kisah Pengajaran.. Aku Sangkakan Pakcik Ini Seorang Gila.. Rupanya.."
Post a Comment