Kuala Lumpur: Seorang
lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’
pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di
sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan
kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan
itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut
sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal
20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya
dipercayai untuk membayar hutang.
“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu,
suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu
bertengkar selama lebih 30 minit.
Sumber: Harian Metro
0 Response to "Bapa Geram Tiru Aksi Biawak"
Post a Comment