Suami Izreen Azminda Nafi Lafaz Cerai


Berita paling mendapat perhatian hariini, Muhammad Riza nyata sekali terkejut apabila menerima perkhabaran lafaz cerai yang dibuat semasa tiba di Pulau Pinang menemui isterinya, pelakon Izreen Azminda di set penggambaran.

Riza yang merupakan jurukamera bebas berkata, dia baru sahaja memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 14 Mei lalu dan sehingga kini masih menunggu tarikh untuk dipanggil pihak mahkamah.


“Kami belum lagi bercerai. Dan saya belum melafazkan talak pada Izreen. Kami baru menfailkan perceraian pada Rabu dan masih menunggu tarikh perbicaraan lagi”

“Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan sudah tidak tinggal sebumbung sebulan lalu — namun kami belum bercerai secara sah”

Menjelaskan kedatangannya ke Pulau Pinang, terang Riza dia mahu menghantar anak mereka Adrian Umar bagi melepaskan rindu terhadap ibunya selain mahu berbincang tentang kes perceraian mereka beserta hak penjagaan anak.

“Saya jumpa dia kerana nak temukan Adrian kerana dah lama tak jumpa. Dan kesempatan itu saya ambil untuk berbincang mengenai perceraian kami. Namun saya kesal apabila pertemuan itu disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya lanjut dahulu kepada kami perkara sebenar”

Dia terkilan dengan berita perceraian tersebut dan yang dianggap menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Ramai pihak mula menghubungi untuk mendapatkan penjelasan sebenar selain dituduh tidak waras.

“Berita itu sangat teruk sehingga menggambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya. Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dengan cara baik dan bukan seperti yang ditulis”

“Laporan itu tidak benar sama sekali,” jelas Riza kepada mStar Online hari ini.

Berita penceraian itu pernah kami tulis semalam, baca disini : Izreen Kene Cerai Di Lokasi Penggambaran

0 Response to "Suami Izreen Azminda Nafi Lafaz Cerai"

Post a Comment