Arab Saudi – Seorang blogger, Raif Badawi, dihukum
penjara 10 tahun, didenda hampir RM600,000 dan disebat 1,000 kali selepas
didapati bersalah menghina Islam melalui laman webnya Saudi Liberal Network.
Hukuman asal Raif sebelum ini adalah penjara tujuh
tahun dan 600 sebatan, namun dia kemudiannya membuat rayuan dan mahkamah telah
membenarkan perbicaraan semula.
Bagaimanapun dalam perbicaraan semula, hukuman lebih
keras telah dikenakan ke atasnya.
Sejak perbicaraan, laman webnya juga telah ditutup.
Dia ditangkap pada Jun 2012 dan didakwa dengan jenayah
siber dan ingkar perintah bapanya, berhubung laman web itu.
Laman web itu mengandungi artikel mengkritik Ulama
Besar Arab Saudi.
Pendakwaraya sebelum ini mendesak supaya Raif
dibicarakan kerana murtad, iaitu jenayah yang membawa hukuman mati di Arab
Saudi,.
Namun perbicaraan awal sebelum ini menyaksikan hakim
menggugurkan tuduhan tersebut.
Dalam pada itu, peguam bela Raif telah menyelar
hukuman berkenaan kerana terlalu keras. Raif boleh merayu hukuman baru ini
namun mungkin dia akan berfikir dua kali untuk mencabar hukuman tersebut,
selepas apa yang berlaku dalam rayuan sebelum ini.
0 Response to "Blogger Arab Saudi Disebat 1,000 Kali Hina Islam"
Post a Comment