Ayu Raudhah Telah Selamat Lahirkan Anak Kedua, Tahniah!


Menerusi akaun Instagram beliau baru-baru ini, Ayu Raudhah telah berkongsi berita gembira di mana beliau telah selamat melahirkan anak kedua pada Jumaat yang lalu sekitar jam 2.15 petang dengan berat 2.73 kilogram.

Bayi berjantina lelaki itu merupakan anak kedua pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha selepas anak sulung mereka Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia 14 bulan.

Tahniah buat keluar Zaquan Adha & Ayu Raudhah atas kehadiran orang baru ini, semoga semakin bahagia dan ya, comel wajah anak kedua mereka ini.



0 Response to "Ayu Raudhah Telah Selamat Lahirkan Anak Kedua, Tahniah!"

Post a Comment