Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan
penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu
bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.
Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan
cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang
persefahaman dalam perkahwinan.
Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut
daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi
selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.
Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama
sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan
di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.
Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31,
mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan
mengulas lanjut.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu
selepas dua bulan berkenalan. – rotikaya
0 Response to "Sebutan Kes Cerai Adam AF & Fiza Elite Isnin Hadapan"
Post a Comment