Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater
dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap
wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat
saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi,
tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air
segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat
saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan
umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat
saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan
pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta
nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Hikmah
Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai
bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota
badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk
mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing
termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan
yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak
tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak
pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut
kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja
yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang
didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana
sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh
dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ
tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah
wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air
wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung,
telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi
hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari
air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah
(penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak
disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu
berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu
ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang
yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan,
seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu
sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual
merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara
Wuduk Rasulullah S.A.W.
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a,
beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk..
Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak
tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke
dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta
memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali.
Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali.
Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga
ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam
keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu
tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya
hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara
Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam
sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah
seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana
wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas
sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah
kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah
lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam.
0 Response to "PUAS KAJI TENTANG WUDHU AKHIRNYA PROFESSOR PELUK ISLAM"
Post a Comment