Kebanyakan isu kontroversi yang timbul daripada
kenyataan berkaitan agama mudah sahaja puncanya – ia berlaku apabila ada pihak
tidak mahu terima hukum agama dan kehendak dalam hidup kadangkala umpama minyak
dan air yang tidak boleh bercampur.
Dalam erti kata lain, tidak ada gunanya berdebat jika
seorang bercakap tentang hukum Islam manakala seorang lain sedang
mempertahankan adat.
Itulah yang boleh dikaitkan tentang isu kemban dalam
terbaru Erma Fatima berjudul Takhta 3 Ratu yang menjadi polemik baru-baru ini.
Dalam drama lakonan bintang hebat seperti Erra Fazira,
Awie dan Ellie Suriati ini; watak perempuan digambarkan berkemban sebagai
pakaian pada zaman pemerintahan Sultan Mansur sekitar 1546.
Rata-rata menganggap pakaian yang cuma berkemban dalam
drama ini perlu ditukar kerana tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum
apatah lagi pelakon dan penonton kebanyakannya beragama Islam, begitu juga
pengarahnya.
Bagaimanapun Erma berkeras, kemban tetap diteruskan
dalam dramanya ini kerana itulah realiti kehidupan masyarakat pada masa itu.
Pendirian ini turut
disuarakan Erma menerusi status Instagram berbunyi:
Bila MELAYU berkata-kata! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah
kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata-kata dgn
siku. Soal hukum tidak ada sesiapa mampu mempertikaikanya.TAPI menghukum bukan
kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN!
Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai
KEMBAN membawa ku ke neraka.. aku redha.. TAPI aku ada tugas yg besar yg harus
ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk
agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya
tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima
kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn
menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2.
Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan
nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan
sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri.76
Status ini menambahkan hangat isu kemban kerana
rata-rata terkejut melihat Erma sampai sanggup mengeluarkan kenyataan ‘Andai
KEMBAN membawa ku ke neraka.. aku redha..’.
Justeru, banyak komen
menegur perkara ini menghujani bahagian komen Instagram Erma, antaranya:
Begitu pun, Erma nampaknya bertegas dengan
pendiriannya malah menyindir peminat yang bertindak umpama ustaz dan ustazah
dengan memuatnaik status baru dengan sapaan ‘Selamat pagi MELAYU!’ disertai
bingkisan kata bekas Presiden Indonesia, Soekarno berkaitan perjuangan yang
sukar kerana melawan bangsa sendiri.
Pada pendapat kami kalau dah dinasihatkan, cukuplah
sekadar itu.
Erma Fatima bukan anak kecil lagi dan dia sudah pasti
tahu apa sedang dilakukannya.
Semoga kita dan Erma
sentiasa diberikan hidayah olehNya tentang mana yang benar atau sebaliknya.
0 Response to "Erma Kata Dia Reda Masuk Neraka Demi Kemban!"
Post a Comment