Pihak
berkuasa AS menjalankan siasatan jenayah terhadap syarikat produk nutrisi dan
penurunan berat badan Herbalife Ltd.,menurut laporan media Sabtu lalu.
Menurut satu sumber kepada The New York Times, kes itu telah
disiasat sejak beberapa bulan lepas.
Akhbar itu menambah bahawa pegawai-pegawai yang dihubungi mereka
berkata, pihak berkuasa berkemungkinan besar akan memilih untuk tidak mengambil
tindakan terhadap Herbalife.
The Times menulis bahawa siasatan itu dibuat bertumpu kepada model
perniagaan jualan langsung Herbalife.
Sehubungan itu, ramai pihak termasuk pengurus dana perlindungan
bertaraf bilionair Willaim Ackman berpendapat Herbalife mengedarkan produk susu
kocak rendah lemak (diet shake), suplemen dan produk lain berkonsepkan skim
piramid; suatu yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh syarikat itu.
Saham-saham dalam syarikat yang berpangkalan di Los Angeles
itu telah jatuh mendadak sejak beberapa bulan lepas sejak tuduhan ini menjadi
pengetahuan umum.
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan berkata ia telah melancarkan
satu siasatan sivil terhadap Herbalife dan terbaru syarikat itu telah
mendedahkan bahawa mereka sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.
Bagaimanpun, Herbalife telah memberi respon terhadap kontroversi
itu dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi Jumaat lalu dan menolak dakwaan
syarikat itu sedang berada di bawah siasatan jenayah.
Menurut petikan rasmi Herbalife: “Kami tidak mempunyai apa-apa
pengetahuan mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kehakiman
atau FBI, dan kami tidak menerima sebarang permintaan rasmi mahupun tidak rasmi
untuk maklumat sama ada daripada kedua-dua agensi tersebut.”
0 Response to "Amerika Syarikat Jalankan Siasatan Terhadap Herbalife"
Post a Comment