Berdasarkan Kaji Selidik Jobstreet.com, Rakyat Malaysia Tidak Mampu Tampung GST


Satu kaji selidik mengenai kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap pekerja di Malaysia telah dijalankan oleh portal mencari kerja terkenal Jobstreet.com.

Berdasarkan kaji selidik tersebut kira-kira 90% tenaga kerja di Malaysia terbukti tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tambahan kerana perlaksanaan cukai GST tersebut yang bermula 1 April lalu.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Jobstreet dalam satu kenyataannya berkata 24% respondan mengalami masalah perbelanjaan kerana cukai tersebut.

Dengan bebanan cukai tersebut ditambah dengan hutang sedia ada kebanyakan rutin harian respondan berubah dimana kira-kira 56% respondan sudah tidak keluar makan tengahhari bersama rakan pejabat untuk menjimatkan kos perbelanjaan.

Daripada 57 % itu, 47% telah membawa bekalan makanan daripada rumah.

"Ada yang memulakan langkah berjimat cermat, seperti lebih menggunakan pantri mereka dan berkongsi kereta untuk menjimatkan perbelanjaan," kata Jobstreet.

Berdasarkan kaji selidik itu hanya 19% respondan mengatakan cukai GST tidak menjejaskan rutin harian mereka di hari bekerja.

Sementara itu, kira-kira 76% respondan memerlukan paling kurang 10% kenaikan gaji bagi mengimbangi perbelanjaan mereka yang telah meningkat kerana perlaksanaan GST ini.

Kira-kira 63% responden pula mahukan elaun petrol bagi membantu mengurangkan perbelanjaan yang meningkat.

"Kira-kira 35% responden mempertimbangkan bertukar kerja supaya dapat menanggung GST dengan lebih baik, dan 41% syarikat menerima permintaan tinggi untuk kenaikan gaji sejak GST," kata Jobstreet.

Bagaimanapun bardasarkan jumlah 76% memerlukan kenaikan gaji hanya 19% sahaja menikmati kenaikan gaji selepas GST.

"Memandangkan gaji merupakan keutamaan paling tinggi bagi kebanyakan pekerja, Jobstreet.com memperkenalkan ciri Padanan Gaji bagi memadankan calon dengan gaji yang mereka inginkan," kata pengurus negara Jobstreet Chook Yuh Yng.

Kaji selidik yang dilakukan oleh Jobstreet itu melibatkan seramai 1,454 pekerja dan 490 majikan.

Ia juga dijalankan berikutan begitu banyak aduan yang diterima sejak cukai GST ini mula dilaksanakan pada 1 April lalu di mana begitu ramai pekerja merungut cukai berkenaan telah memberi tekanan perbelanjaan kepada mereka

0 Response to "Berdasarkan Kaji Selidik Jobstreet.com, Rakyat Malaysia Tidak Mampu Tampung GST"

Post a Comment