Maksud Sebenar Nama Restoran Me’nate Yang Azwan Ali Perlu Tahu


Maksud Sebenar Nama Restoran Me’nate Yang Azwan Ali Perlu Tahu
Sekarang ni bila sebut “Me’nate” pasti dalam kepala korang terus terfikir dengan Diva AA kontroversi tu kan? Tapi kali ni kami bukan nak bercerita pasal Diva Azwan Ali tu, tapi nak bercerita pasal restoran yang “dibinatangkan” oleh Diva AA tu.
Korang tahu tak apa maksud disebalik nama “Me’nate” tu? Mungkin korang ingat binatang jugak kan? Sebenarnya “Me’nate” tu bukan binatang tetapi ianya bermaksud golongan yang memakan daging. 
Mari kita ikuti temuramah bersama pemilik Restoran Me’nate Steak Hub, Tuan Mustaffa Othman atau lebih senang disapa sebagai Chef Pak Mus.
“Sebenarnya, asal nama restoran ni datang dari perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Saya ni asal Kelantan, saya pun tambah apostrophe depan tu jadi M? natè”
“Saya buka restoran ni sebab sahut cabaran, menyediakan steak terbaik tanpa arak. Dan saya berjaya. Kita kan ada Allah”
“Rahsia awet muda? Tak ada pun. Paling penting, solat subuh mesti kena jaga”
“Anak 4 orang. Sorang baru 3 bulan kahwin, dua orang lagi bakal kawin tahun ni. Saya tak sabar nak tunggu cucu. Biarlah saya boleh tengok cucu sebelum meninggal”
“Berpengalaman sebagai konsultan daging di beberapa pasaraya besar seperti Tesco dan pernah berkhidmat dengan NFC selepas balik ke Malaysia pada tahun 2000″
“Semua yang masuk ke kedai saya ni saya anggap sebagai tetamu saya. Saya perlu layan dengan baik. Mereka bawa berkat. Saya tak suka protokol-protokol”
“Kalau order steak, air di Restoran Me’nate ni semua percuma, dari air panas sampai ke air sejuk, free flow. Sebagai sedekah pada tetamu yang datang. Kita bagi 1, Allah bagi 10″
“Kos saya buat air free tu RM15k. Kalau nak untung, saya boleh je charge air. Air kosong pun orang charge 30sen. Tapi saya tak nak. Yang penting mesti habiskan air, kalau tak habis saya akan charge. Hehe”

0 Response to "Maksud Sebenar Nama Restoran Me’nate Yang Azwan Ali Perlu Tahu"

Post a Comment