Gambar Hiasan |
Setiap
manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tidak ampunkan walaupon kita bertaubat.
Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Sila baca .. Semoga
menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah...
1- Makan
harta anak yatim secara haram.
Untuk
menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali
harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika
anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada
Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya
maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh
wanita solehah berzina.
Orang yang
menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika
wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah
penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya
maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari
medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang
lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga,
cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad
sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan
kesalahan tersebut ).
4- Melakukan
sihir.
Mereka
belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT,
memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali
kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan
hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik
kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik
atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan
perbuatan yang disedari atau tidak disedari
maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali
kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud
barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah
menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh
Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Mereka yang
membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk
mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka
yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan
Negara Islam Madinah).
Kitab
Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 &
2. M/S : 532.
0 Response to "RUPANYA RAMAI YANG TIDAK TAHU! WALAUPUN BERTAUBAT, 6 DOSA INI TIDAK AKAN DIAMPUNKAN ALLAH"
Post a Comment