Kira-kira 1.6 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh
dunia. Berbilion-bilion orang bergantung kepadanya sebagai sebahagian daripada
rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui kaitan minuman popular
itu dengan masyarakat Islam.
Menurut rekod sejarah, dalam tahun 1400-an, kopi menjadi minuman yang sangat
popular dalam kalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung
Arab. Legenda itu bermula apabila seorang gembala (ada yang mengatakan di
Yemen, ada yang mengatakan di Ethiopia) menyedari bahawa kambingnya menjadi
sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok.
Penggembala itu memberanikan dirinya untuk merasai bahan itu dan ternyata, ia
memberi rangsangan tenaga yang luar biasa. Lama-kelamaan, tradisi memanggang
biji kopi dan merendamkannya di dalam air untuk menghasilkan minuman berkuasa
itu telah wujud dan hasilnya, minuman kopi dilahirkan.
Tanpa mengira, sama ada kisah penggembala itu benar-benar berlaku atau tidak,
budaya minum kopi telah meresap dari kawasan tanah tinggi di Yemen ke seluruh
Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi.
Serentak itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di
beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam iaitu seperti di Kaherah,
Istanbul, Damsyik dan Baghdad. Dari dunia Islam, minuman kopi telah menyelinap
masuk ke Eropah melalui bandar tumpuan saudagar besar iaitu Venice.

0 Response to "Rahsia Kopi Dan Islam??"
Post a Comment