Seringkali
dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang
sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan
meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
Namun
begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang dibawanya mencalarkan
imej keseluruhan wanita bertudung.
Bertemu
dengan gadis yang mesra dengan sapaan Fida ini semasa pelancaran Kempen
Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Selamat’ MUFORS Secara Online di Balai Berita
Bangsar pada Jumaat lalu, kami sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini.
Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara. Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."
Tambah Fida,
peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut perkembangan kerjaya
seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar
cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri.
"Kebanyakkan
peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul
periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang
sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi.
Dalam
perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti biasa.
Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi.
Selain itu,
gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan menjadi
kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang".
0 Response to "Pakai Ketat Fida Ibrahim Cemar Imej Wanita Bertudung?"
Post a Comment