Kehidupan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini. - Gambar Ihsan Google.
|
Sebuah
majalah Indonesia menyiarkan artikel mendedahkan "Gaya Hidup Mewah"
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dua
hari selepas melakukan lawatan kerja ke republik itu.
Laporan
Tempo bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" melaporkan tentang
barangan yang dibelanjakan Rosmah termasuk beg tangan jenama Birkin dan barang
kemas.
Tempo juga
memaparkan gambar jam tangan mewah yang dikeluarkan Badan Bertindak Pemerhati
Jenayah Malaysia (MyWatch) baru-baru ini yang didakwanya milik pasangan
tersebut.
Mywatch
mendakwa, setiap satu jam tangan milik Rosmah berharga antara RM79,200 untuk
Hublot BlackBerry Black Magic 114 dan RM486,000 untuk Richard Mille Lady RM
007.
Tempo juga
membuat perbandingan antara jam tangan dengan pendapatan Najib iaitu kira-kira
RM350,000 setahun.
"Kehidupan
Najib dan keluarganya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya
dalam artikel itu.
Penggayaan
rambut Rosmah bernilai RM1,200 juga turut ditimbulkan, yang mengundang kritikan
hebat ketika rakyat bergelut dengan tekanan hidup.
Tempo juga
menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New
York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California
bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times.
Kehidupan
mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa
kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi
Februari berkaitan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho.
Memaparkan
invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli
Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima
jawapan berbunyi: "Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau
membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar
kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan
tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."
Semalam,
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membidas kehidupan mewah
Najib dan Rosmah dalam blognya.
"Ada
banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak
betul.
"Namun,
saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan
isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya semalam. –
21 April, 2015.
0 Response to "Majalah Indonesia dedah ‘Gaya Hidup Mewah’ Najib, Rosmah"
Post a Comment