Gambar Ihsan Google |
CHINA –
Seorang wanita terpaksa melalui kesengsaraan selepas pembedahan implan payudara
yang dilakukannya pecah, mengakibatkan gel daripada implan tersebut merebak ke
seluruh badannya hingga membentuk payu dara palsu di bahagian belakang dan
perut.
Wanita
berusia 37 tahun yang tidak dinamakan itu telah menjalani pembedahan
membesarkan payudaranya 10 tahun lalu.
Dia yang
berasal dari Fujian memperuntukkan sebanyak £215 untuk pembedahan tersebut
ketika melakukan lawatan ke Nanjing.
Namun sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, dia mula berasa sakit.
Bagaimanapun
disebabkan malu untuk berjumpa doktor, dia tidak mempedulikan kesakitan
tersebut. Hinggalah pada awal bulan ini apabila dia tiada pilihan dan terpaksa
juga menemui pakar perubatan.
Gel yang
merebak itu juga turut kelihatan di bahagian belakang dan ketiaknya.
Menurut
doktor, implan tersebut pecah sepenuhnya dan merebak ke bahagian belakang,
salur darah, dada serta otot wanita terbabit.
“Sebahagian
tisu otot juga telah rosak manakala dua payudaranya juga telah terjejas
disebabkan oleh implan yang menggunakan gel polyacrylamide hydrophilic gel,
iaitu gel yang diklasifikasikan sebagai mempunyai bahan toksid yang tinggi,”
kata doktor terbabit.
Malah anak
lelaki wanita itu yang lahir tiga tahun selepas pembedahan membesarkan payudara
itu juga dikesan mempunyai masalah kesihatan, dipercayai akibat menghisap susu
badan.
0 Response to "Implan Pecah…Bentuk Payu Dara Palsu"
Post a Comment