Pelajar lelaki tersebut telah digesa oleh Black untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini. Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil.
Buat Black perkara ini adalah serius kerana ia melibatkan anaknya dan menganggap pelajar tersebut cuma ingin mendapatkan perhatian serta publisiti murahan.
Bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya. Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Tujuan Black mendesak individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka adalah untuk memberi pengaaran kepada orang lain untuk tidak melakukan perkara yang sama pada masa hadapan.
Gunakan media sosial dengan baik dan jangan suka untuk memberikan komen yang buruk dan menghentam orang lain kerana anda tidak tahu situasi sebenar.
0 Response to "Black Dedah Identiti Individu Yang Menghina Anaknya Beruk"
Post a Comment