Pasukan SAR Dikerah Ke Kawasan Nahas Pesawat


PASUKAN mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan nahas pesawat Airbus A320 di Pergunungan Alps yang dikhuatiri telah mengorbankan kesemua 142 penumpang dan enam anak kapal.
Menurut Presiden Perancis, pihaknya percaya semua penumpang terkorban memandangkan kawasan nahas yang sangat terpencil dan sukar untuk dimasuki.
“Seramai 148 orang dalam kapal. Nahas berlaku dalam zon yang susah untuk dimasuki dan terpencil,” katanya.
Jurucakap Jabatan Penerbangan Perancis berkata pesawat itu terhempas di bandar Barcelonnette, yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada bandar Nice.


Pesawat itu dilaporkan sedang dalam laluan penerbangan antara Dusseldorf dan Barcelona.
Pasukan penyiasat Perancis kini sedang menuju ke kawasan nahas di Meolans-Revel, sebuah kawasan terpencil di kaki Pergunungan Alps.
Syarikat penerbangan tersebut, Germanwings menulis di laman rasmi Twitter mereka mengatakan, “kami sentiasa memantau laporan media. Segala usaha sedang dikerahkan untuk membantu situasi. Kami akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat.
Airbus A320 yang digunakan itu dilaporkan berusia 24 tahun, mula digunakan sejak 1991.


0 Response to "Pasukan SAR Dikerah Ke Kawasan Nahas Pesawat"

Post a Comment