Menegur Ada Caranya wahai Puan Wardina Saffiya


Industri hiburan minggu ini dipanaskan dengan kontroversi bekas pelakon dan pengacara Wardina Saffiya yang secara terang-terangan telah mengecam cara pendakwah, Ustaz Don Daniyal Biyajid yang dikatakan menggunakan hadis dan dalil tidak sahih dalam menyampaikan ceramah dan syarahan agamanya kepada umum.

Sehubungan itu, Wardina telah memohon agar pihak pengurusan TV Alhijrah yang menerbitkan program 30 Minit Ustaz Don menyemak kembali isi kandungan yang dibincangkan Ustaz Don menerusi rancangan tersebut supaya penonton tidak terkeliru dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz berusia 30 tahun itu.


Menjawab perkara itu, satu sumber yang rapat dengan industri hiburan 
telah membidas kembali kecaman Wardina malah menyifatkan isu yang cuba dibangkitkan Wardina adalah amat berat.


Ini kerana menurut sumber itu, tuduhan Wardina yang mengatakan Ustaz Don membawa sirah Israeliyyah adalah amat berat apatah lagi dakwaan Wardina dalam penolakannya itu tidak disertakan sekali dengan dalil dan nas yang munasabah sebagai rujukan daripada pandangan ulama muktabar.


Difahamkan, cerita pengajaran yang sering dibawakan oleh para pendakwah adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat di luar sana supaya mengambil moral dan pengajaran yang tersembunyi dalam sesebuah cerita yang disampaikan.


Sebaliknya, bukannya mempersoalkan dari mana cerita itu datang.


Ini kerana sebagai seorang lulusan pengajian Tahfiz dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Ustaz Don telah mengambil serta menyampaikan semula ilmu yang diajarkan oleh guru-gurunya termasuk Datuk Dr Harun Din, Syeikh Nurudin Al Banjari dan Dr Zulkifli Al Bakri yang terkenal sebagai ulama Tasauf.


Selain itu, sumber itu turut mempertikaikan tindakan Wardina mempersoalkan serta mengecam Ustaz Don secara terbuka di laman Media sosial yang boleh dibaca oleh sebahagian besar pengikutnya.


Sepatutnya sebagai seorang yang mempunyai ilmu tinggi dalam bidang pengajian psikologi, Wardina pastinya mengetahui adab-adab serta cara yang betul sekiranya benar niatnya memang mahu menegur untuk kebaikan bersama.


Sebaliknya, Wardina mengambil pendekatan yang dilihat sebagai kurang bijak apabila secara terbuka mengkritik Ustaz Don mengenai kesangsiannya dengan penyampaian majlis ilmu oleh ustaz yang menjadi ikon belia itu.


Lantai orang berdebat hal ilmu bukannya diperlihatkan secara umum dalam Facebook, bukan juga ‘cut’ dan ‘load’ video untuk memperlihatkan aib orang lain.


Dalam adab orang berilmu, Wardina sepatutnya bertemu dengan Ustaz Don, suarakan kemusykilannya dan mendengar dahulu penerangan daripada si empunya diri yang dikritik.


Lagi satu, jangan bawa debat ilmu Islam dalam laman media sosial kerana banyak padahnya daripada kebaikan yang boleh didapati daripada perkara tersebut.


Dan disebabkan itulah kebanyakan ilmu debat agama selalunya diadakan secara tertutup kerana mereka enggan mengelirukan masyarakat awam berhubung isu-isu sensitif dalam agama Islam.


Selepas para ulamak dan ilmuawan Islam selesai berdebat secara tertutup baharulah hasilnya didedahkan kepada orang ramai.


Inilah sebenar-benarnya cara yang betul dan tertib dalam menyampaikan dakwah bukannya secara semberono seperti yang dilakukan oleh ‘so called ulama’ seperti Wardina.


Diharapkan Wardina selepas ini mengambil pengajaran daripada insiden ini agar menggunakan hak berfikir terlebih dahulu sebelum menggunakan hak untuk bersuara.


Kalau langkah ini diaplikasikan oleh Wardina dan semua rakyat Malaysia, pasti isu sebegini tidak akan timbul di mana-mana media sama ada dari media elektronik mahu pun media cetak dan media sosial


SUMBER

0 Response to "Menegur Ada Caranya wahai Puan Wardina Saffiya"

Post a Comment